Title of article :
PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA: PERBEZAAN PERSEPSI TERHADAP AMALAN TERBAIK DALAM OPERASI PEMBUATAN
Author/Authors :
muda, shaladdin universiti malaysia terengganu - pusat pengajian perniagaan dan pengurusan maritim, Kuala Nerus, Malaysia , husin, mohamad universiti malaysia terengganu - pusat pengajian perniagaan dan pengurusan maritim, Kuala Nerus, Malaysia , padlee, siti falindah universiti malaysia terengganu - pusat pengajian perniagaan dan pengurusan maritim, Kuala Nerus, Malaysia , amin, wan abdul aziz mohd universiti sultan zainal abidin - fakulti sains sosial gunaan, Kuala Nerus, Malaysia , abdul halim, muhammad abi sofian universiti malaysia terengganu - pusat pengajian perniagaan dan pengurusan maritim, Kuala Nerus, Malaysia
From page :
66
To page :
75
Abstract :
Kajian ini bertujuan menganalisa perbezaan persepsi dalam kalangan Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) di Semenanjung Malaysia terhadap pendekatan amalan terbaik dalam pengurusan operasi bagi sektor pesanan untuk pembuatan. Terdapat empat kriteria penting bagi pendekatan amalan terbaik dalam operasi, iaitu; meningkatkan pendapatan, kapasiti pengeluaran, keberkesanan sumber manusia, dan juga peningkatan berterusan yang menyeluruh. Berdasarkan objektif kajian ini, terdapat lima hipotesis yang telah dibina untuk menguji perbezaan persepsi diantara kumpulan sasaran dari sudut amalan terbaik dalam pengurusan ini, iaitu; tahap pengurusan, lokasi operasi, tempoh operasi, jenis syarikat, dan struktur syarikat. Kajian ini melibatkan sampel sebanyak 329 PKS dari keseluruhan populasi 732 yang beroperasi di Semenanjung Malaysia.Ujian sampel tunggal, t-test dan ANOVA telah digunakan untuk kajian tinjauan ini. Penemuan kajian ini mendapati bahawa terdapat tiga faktor yang mempunyai perbezaan signifikan terhadap pendekatan amalan terbaik dalam pengurusan operasi, iaitu; faktor lokasi operasi yang berbeza diantara lokasi yang beroperasi di Pantai Timur, Selatan, Utara dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia; faktor jenis syarikat yang berbeza persepsinya di antara perusahaan yang berskala kecil dan sederhana; dan juga faktor struktur syarikat yang berbeza persepsinya di antarakumpulan perniagaan persendirian, perkongsian dan lain-lain. Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa pendekatan amalan terbaik dalam operasi ini amat kurang diberi penekanan oleh PKS yang beroperasi di luar dari Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Konsep ini juga tidak banyak diamalkan oleh penguasa kecil dan persendirian berbanding pengusaha sederhana dan perkongsian yang sememangnya telah mengamalkan sistem pengurusan ini.
Keywords :
Amalan Terbaik , Operasi , Pesanan untuk Pembuatan , Perusahaan Kecil dan Sederhana
Journal title :
Journal Of Business an‎d Social Development
Journal title :
Journal Of Business an‎d Social Development
Record number :
2713274
Link To Document :
بازگشت