Title of article
Salat And Brainwave Signal Analysis
Author/Authors
Ridzwan, W.Mohd Fatihilkamal W.Mohd Universiti Teknologi Malaysia - Faculty of Electrical Engineering - BioMedical and Instrumentation Electronics Research Group, Malaysia , Mahmood, Nasrul Humaimi Universiti Teknologi Malaysia - Faculty of Electrical Engineering - BioMedical and Instrumentation Electronics Research Group, Malaysia , Zakaria, Nor Aini Universiti Teknologi Malaysia - Faculty of Electrical Engineering - BioMedical and Instrumentation Electronics Research Group, Malaysia , Ali, Elia Ameera Universiti Teknologi Malaysia - Faculty of Electrical Engineering - BioMedical and Instrumentation Electronics Research Group, Malaysia
From page
181
To page
192
Abstract
Solat adalah salah satu cara umat Islam untuk mengabdikan diri kepada Allah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan selepas solat terhadap otak dengan menggunakan Electroencephalograph(EEG) dan kegiatan saraf autonomik. Sebanyak 20 sampel isyarat EEG daripada 5 responden (lelaki berumur di antara 22 hingga 23 tahun) dipilih, dan mereka bebas daripada masalah jantung, paru–paru, metabolik dan penyakit lain yang boleh menggangu kegiatan saraf autonomik. Analisa dilakukan dengan membuat perbandingan di antara sampel EEG bagi dua aktiviti berbeza iaitu aktiviti selepas solat dan aktiviti selepas mendengar muzik menggunakan kaedah analisa prinsip komponen (PCA) dan transformasi fourier (FFT). Hasil analisa ke atas isyarat mendapati amplitud tertinggi pada agihan spektrum kuasa adalah pada jalur gamma bagi EEG berbanding jalur–jalur lain (delta, theta, alpha dan beta) bagi kedua–dua aktiviti. Kajian juga menunjukkan kelima–lima subjek mempunyai jalur gamma yang tinggi selepas solat berbanding selepas mendengar muzik. Keputusan ini mencadangkan, apabila seseorang muslim melakukan solat, mereka akan melupakan seketika masalah mereka dan khusyuk mengadap Allah. Ini dapat membantu memulihkan tekanan yang dialami mereka untuk beberapa ketika, seterusnya lebih bersedia untuk menghadapi segala permasalahan dunia selepas solat.
Keywords
Salat , electroencephalograph (EEG) , brainwave signal
Journal title
Jurnal Teknologi :F
Journal title
Jurnal Teknologi :F
Record number
2715615
Link To Document