Title of article :
PEMINJAMAN LEKSIKAL DALAM BLOG BAHASA INGGERIS REMAJA MALAYSIA
Author/Authors :
Beng، Christina Ong Sook نويسنده Universiti Tunku Abdul Rahman , , Keong، Yuen Chee نويسنده Universiti Kebangsaan Malaysia ,
Issue Information :
روزنامه با شماره پیاپی - سال 2012
Abstract :
Seiring dengan kemajuan teknologi maklumat, bidang linguistik
juga turut mengalami transformasi dan situasi ini boleh dilihat
melalui penglibatan remaja Malaysia hari ini yang gemar menulis
blog di internet. Dengan menganalisis blog yang ditulis oleh
remaja Malaysia yang mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua dan fasih dalam beberapa bahasa, kewujudan ciri dan aspek
tertentu dalam Bahasa Inggeris yang digunakan oleh masyarakat
Malaysia boleh dikenalpasti. Kaedah kuantitatif dan kualitatif telah
digunakan untuk menganalisis dan mengintepretasi data. Sejumlah
40 blog telah dipilih. Berpandukan perisian WordSmith Tools 5,
sebanyak 10 perkataan dipilih yang mencatat nilai penggunaan
tertinggi dari blog terpilih telah dianalisis berdasarkan rangka kerja
Baskaran. Untuk tujuan memurnikan data, soal selidik dan temu
bual telah digunakan untuk mengumpul data melalui mel elektronik.
Hasil kajian menunjukkan bahawa bentuk bahasa tempatan sering
digunakan dalam blog dan 10 perkataan yang terpilih menepati
rangka kerja Baskaran. Walaupun ciri blog tersebut agak unik
kerana menggabungkan elemen pertuturan lisan ke dalam bentuk
penulisan (blog), namun blog ini tetap mendapat sambutan dalam
kalangan golongan remaja di Malaysia.
Journal title :
Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication
Journal title :
Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication