• شماره ركورد
    96306
  • عنوان مقاله

    Isu Nafkah Untuk Ibu Tunggal Dan Anak Yatim Menurut Syarak

  • پديد آورندگان

    yasin, mohammad dhiya’ul hafidh bin fatah kolej university islam perlis (kuips), Pensyarah Kanan, Malaysia , yasin, raudlotul firdaus binti fatah universiti islam antarabangsa malaysia (uiam), Malaysia

  • از صفحه
    216
  • تا صفحه
    239
  • چكيده فارسي
    Balu sering dibeban tanggungjawab mendidik, menafkah dan memberi kasih-sayang kepada anak-anaknya yang berstatus yatim secara bersendirian. Ini adalah isu agama dan kemanusiaan yang perlu diberi perhatian serius. Justeru kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti mekanisme perlindungan ibu tunggal dan anak yatim menurut syariat Islam. Data dikumpul dari sumber pustaka dengan memberi fokus terhadap hukum-hakam berkaitan nafaqat yang dianalisis semula secara holistik; iaitu dengan mengaitkannya dengan bab-bab lain seperti wilayat al-nikah dan faraid, selain melihat kepada tafsīr ayat-ayat berkenaan dan hadis-hadis lain yang menyentuh perihal ibu tunggal dan anak yatim pada zaman Nabi SAW sama ada dalam bentuk instruktif atau diskriptif. Hasil kajian mendapati ibu tunggal yang mengalami situasi tersebut sepatutnya dikecualikan daripada beban nafkah. Nafkah anak-anaknya hendaklah ditanggung oleh walinya atau penerima harta pusaka ayahnya menurut turutan asabah. Selain itu, Islam juga menggalakkan masyarakat membantu menjaga golongan ibu tunggal dan anak yatim ini dengan beberapa cara lain.
  • كليدواژه
    Tanggungjawab nafkah , ibu tunggal , anak yatim , wali nikah , pewaris asabah.
  • عنوان نشريه
    مجله الاسلام في آسيا
  • عنوان نشريه
    مجله الاسلام في آسيا