شماره ركورد
96307
عنوان مقاله
Polygamy: Between Obligation and Lust in Forming A Happy Family
پديد آورندگان
yahya, nabila farhana universiti islam antarabangsa malaysia (uiam) - kuliyyah ilmu wahyu dan sains kemasyarakatan, Malaysia , mahmud, mek wok universiti islam antarabangsa malaysia (uiam), - kuliyyah ilmu wahyu dan sains kemasyarakata - jabatan fiqh usul fiqh, Malaysia
از صفحه
240
تا صفحه
267
چكيده فارسي
Poligami merupakan salah satu topik hangat yang sering menjadi bualan masyarakat sepanjang zaman di dunia dan sering menimbulkan kontroversi serta mendapat perhatian. Ianya memiliki seribu satu cerita serta pandangan yang masih tidak mencapai muafakat bersama. Islam mengharuskan poligami bagi lelaki yang berhasrat mengamalkannya namun perlu mematuhi dhawabit yakni aturan bagi mencapai maqasid shari’ah bagi sesebuah perkahwinan. Namun begitu, sehingga ke hari ini poligami masih tidak dapat diterima masyarakat dengan sebaiknya. Hal ini kerana terdapat kecacatan dalam pengamalannya oleh individu-individu yang terlibat sehingga membawa dampak negatif terutamanya pada zaman kini. Artikel ini membincangkan poligami dalam Islam, antara kewajipan dan keinginan nafsu dan peranan individu untuk membentuk keluarga bahagia. Kajian ini berbentuk penyelidikan perpustakaan yang akan mengkaji amalan poligami secara berkesan dengan berpandukan anjuran Islam agar dapat menghasilkan tanggapan baik serta mampu membentuk institusi keluarga bahagia dan harmoni. Hasil kajian mendapati perihal poligami ini seharusnya tidak melibatkan pembawakan emosi, perasaan dan keinginan semata-mata baik dari lelaki mahupun wanita dek kerana ianya sukar dikawal. Namun kita hendaklah berfikir secara waras meskipun bertentangan dengan emosi. Justeru itu, pentingnya memberi kesedaran bahawa poligami adalah perkara yang mulia jika dilaksanakan atas dasar kewajipan dan tanggungjawab di dalam diri setiap insan bagi membentuk keluarga bahagia yang diredhai Allah SWT, bukannya demi memenuhi kerakusan nafsu semata-mata dan sekaligus merenung hikmah yang terselindung disebaliknya.
كليدواژه
Poligami , Dhawabit , Kewajipan , Keinginan Nafsu , Keluarga Bahagia.
عنوان نشريه
مجله الاسلام في آسيا
عنوان نشريه
مجله الاسلام في آسيا
لينک به اين مدرک