Title of article :
Kepimpinan dan Pengurusan Strategik di Institusi Pendidikan MARA
Author/Authors :
MD. SALLEH, MARIAM Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia , IBRAHIM, MOHAMMED SANI Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia , ARIFFIN, SITI RAHAYAH Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Ma;laysia
From page :
219
To page :
233
Abstract :
Kajian ini menyelidik kepimpinan dan pengurusan strategik di institusiinstitusi pendidikan MARA iaitu Kolej Profesional MARA/Kolej MARA, Institut Kemahiran MARA dan Maktab Rendah Sains MARA. Data diperoleh melalui soal selidik yang dijawab oleh 425 orang ahli pengurusan serta temu bual ke atas 15 orang responden. Dapatan menunjukkan tahap kepimpinan dan pengurusan strategik adalah tinggi. Ujian MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan kepimpinan antara IKM dengan MRSM. Terdapat kesan interaksi antara jantina dengan aliran pendidikan yang menunjukkan kepimpinan pentadbir lelaki dari aliran sains lebih baik daripada kepimpinan pentadbir lelaki dan perempuan aliran sastera. Ujian korelasi Pearson juga menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan bagi domain kepimpinan dan pengurusan strategik. Analisis regresi berganda mendapati bahawa semua domain kepimpinan memberi sumbangan ke atas pengurusan dan domain pengurusan strategik juga memberi sumbangan ke atas kepimpinan. Dapatan kajian ini telah menghasilkan implikasi praktikal untuk meningkatkan kualiti pendidikan di institusi pendidikan MARA. Gandingan sektor pendidikan MARA dengan sektor usahawan MARA adalah perlu agar penumpuan kepada melahirkan graduan dan tenaga mahir berpengetahuan (k-pekerja) berdaya saing dan berorientasikan keusahawanan dapat dicapai.
Journal title :
Jurnal Pendidikan Malaysia
Journal title :
Jurnal Pendidikan Malaysia
Record number :
2678871
Link To Document :
بازگشت