Title of article :
Satu Kerangka Untuk Menilai Kebolehan Penyelesaian Algebra Pelajar Dalam Konsep Fungsi
Author/Authors :
Lian, Lim Hooi Universiti Sains Malaysia, Malaysia , Yew, Wun Thiam Universiti Sains Malaysia, Malaysia , Idris, Noraini university of malaya, Malaysia
From page :
1
To page :
23
Abstract :
Kajian ini mempunyai dua tujuan. Yang pertama, membentuk satu kerangka berdasarkan model SOLO (Structure of the Observed Learning Outcome) untuk mencirikan kebolehan penyelesaian algebra pelajar Tingkatan Empat melalui empat domain kandungan, salah satunya ialah konsep fungsi. Kedua, satu alat pengukuran dibina berdasarkan kerangka tersebut untuk menilai proses penyelesaian algebra pelajar. Data kajian telah dikumpul melalui teknik temu bual klinikal. Subjek kajian terdiri daripada sembilan orang pelajar Tingkatan Empat. Kesahan alat pengukuran telah ditentukan oleh penilai yang berpakaran dan keputusan kajian ini. Dapatan kajian telah mengenal pasti lima peringkat kebolehan penyelesaian algebra pelajar dalam menyelesaikan tugas konsep fungsi.
Journal title :
Journal Of Education: Jurnal Bitara Upsi Pendidikan
Journal title :
Journal Of Education: Jurnal Bitara Upsi Pendidikan
Record number :
2694813
Link To Document :
بازگشت